“Bisnes bukan sekadar bertahan… tapi bagaimana kita membina SINERGI untuk menakluk realiti industri hari ini.” Alhamdulillah selesai menjalankan amanah sebagai ahli panel forum bagi topik “Sinergi Usahawan Dalam Menakluk Realiti Industri” sempena Program Gerakan Ekoniaga Madani 2026 bersama usahawan-usahawan MARA di Sarawak dan dirasmikan Ahli Majlis Mara dan Pengarah Mara Sarawak. Satu sesi perkongsian yang sangat bermakna apabila dapat berkongsi pengalaman, cabaran sebenar dunia bisnes dan juga pendekatan The Mazhar Method dalam membantu usahawan membina sistem, mindset dan strategi untuk berkembang dengan lebih sustainable. Terima kasih juga kepada moderator, Tuan Fadhil Cardock yang sangat santai, berilmu dan sporting dalam mengendalikan forum. Beliau juga merupakan seorang usahawan pengusaha bengkel kereta yang penuh pengalaman dalam dunia industri. Semoga setiap perkongsian yang disampaikan memberi manfaat dan membuka lebih banyak peluang kolaborasi serta sinergi sesama usah...